Tuesday 12 January 2016

SEM4S4..!! Janda MUDA Mengamuk Tikam Teman Lelaki Skodeng Bekas Isteri..


Sungai Petani: Seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 39 tahun cedera di belakang kepala, bahu dan pinggang selepas ditikam teman wanita berusia 19 tahun di kediaman lelaki terbabit di Bandar Sri Astana, Sungai Petani, dalam kejadian awal pagi Isnin.

   Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisiner Md Zukir Md Isa berkata, mangsa yang bertugas di bahagian trafik di Pulau Pinang bertengkar dengan suspek berpunca akibat selisih faham berkaitan gambar bekas isteri mangsa di dalam telefon bimbitnya selain terdapat mesej SMS, jam 2.15 pagi.

   Menurutnya, pertengkaran itu bertukar sebaliknya apabila suspek yang juga seorang janda bertindak mengambil pisau kerambit dan terus menikam mangsa.

  “Selepas menikam teman lelakinya, suspek kemudian menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian itu.
  “Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan,” katanya.
    Md Zukir berkata, suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.





Saturday 9 January 2016

P4N4Sss L4Gi..!! [6] Gambar Diana Daniella BerBIKINI Dalam Majalah ESQUIRE Malaysia

TERL4J4K PERIT..!! Kisah Sayu Dato' Aliff Syukri Sebelum D'HERBS TERLAJAK LARIS


Pernahkah kita tahu kisah perjalanan kejayaan anak melayu beragama islam ini yang kini bergelar usahawan dan jutawan yang berjaya di Malaysia. Beliau juga terkenal dengan tagline 'terlajak laris'


Segalanya bermula:

Saya berasal dari Pahang datang dari keluarga yang susah. Saya gemar berdikari untuk menjayakan diri dan enggan duduk di kepompong yang sama.

Pengalaman yang paling bermakna buat saya, saya ingin berniaga tetapi tiada duit. Duit dalam simpanan tak usah nampak seribu, ratus-ratus je yang ada. macam mana nak berniaga?? Macam mana nak buka kedai??

Dengan berbekalkan azam yang kuat, saya berniaga dengan apa cara sekalipun. Bermula dengan menjual pada kawan-kawan di pejabat. Kemudian membuka gerai di pasar tani setiap minggu. Kadang-kadang hari Sabtu dan Ahad, saya berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya dan Sri Andalas sebab saya pantang duduk diam.



Saya terkejut dengan sambutan yang bagus bila saya menjual produk kosmetik. Mula-mula berniaga dapat RM500, RM600. Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan mulut saya yang macam mak cik-mak cik ini, saya dapat menarik ramai pelanggan. Daripada sehari RM400, selepas 2 bulan saya mampu meraih RM2000-RM3000

Nilai 2-3 ribu memang nilai yang mengejut bagi saya. Sebelum kita berjaya, kita jangan minta tolong orang. Kita usaha dulu!!

Walaupun pinjaman saya di bank ditendang, dimaki dan diherdik. Malah mereka tak pandang pun saya dan saya amat kecewa ketika itu. Saya dah buat paperwork susah-susah, dah berbulan-bulan saya buat paperwork, tapi pegawai bank itu hanya baling paperwork saya dan mengatakan loan saya tak lulus.


Kenapa loan saya tak lulus??

Jawab mereka, "awak masih mentah, awak perlukan penjamin, awak perlukan tanah, awak perlukan aset untuk buat loan dan sebagainya."

Saya menangis teresak-esak dan saya sedar diri saya begitu kerdil di mata mereka. Ada juga saudara terdekat yang mengatakan:

"Alaa Syukri, kau tu takkan boleh berjaya. Kau tu lepasan SPM, masuk Universiti pun tak lepas. Kau takkan berjaya syukri."



Alhamdulillah, syukur kepada Allah bila ada kawan-kawan terdekat, pelanggan-pelanggan yang memanggil saya ketika membuat bengkel kecantikan di seluruh Malaysia itu, saya hubungi mereka dan saya memberitahu hajat saya ingin membuat satu jenama dan ingin berkongsi bersama beliau membantu saya

Saya panggil mereka dan saya terangkan kertas kerja yang pegawai bank tersebut tak nak layan saya. Dan respon yang diberikan amatlah mengejutkan. Rata-rata yang menyertai mesyuarat yang saya anjurkan, semua berminat dan yakin dengan kewibawaan saya untuk membuat satu jenama.

Duit yang mereka bagi, saya jadikan pelaburan. saya jadikan modal awal saya dan digabungkan dengan perniagaan pasar tani saya dua tahun itu, dapatlah lebih kurang RM100,000..!!

Sebab itu hari ini, saya amat menghargai beliau. Saya tak lupa pada Encik Putra, Puan Rohani, Abah saya sendiri, Puan Linda, Puan Rina dan semua yang ada pada hari ini. Saya rasa tanpa anda semua pastinya Syarikat D'HERBS tidak akan sampai ke tahap ini.


Makin kita tinggi, makin kita tunduk. Jadi saya menyeru pada semua orang yang ada dekat sini, marilah kita berniaga. Tak kisahlah orang pandang kita apa pun, dan kita perlu bermula daripada bawah. Insya-Allah, hasil yang kita berdiri di tapak kaki sendiri lebih bermakna daripada kita menumpang dari hasil orang lain.


Saya mempunyai matlamat saya sendiri untuk berjaya, tidak meniru orang lain. Nama D'HERBS akan sentiasa gah dan kuat di Malaysia ini. Itulah matlamat saya sampai bila-bila. Dan generasi saya akan membesarkan lagi legasi D'HERBS HEALTHY SDN BHD. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.