Tuesday 22 December 2015

GAMBAR PanaZZZZ.. Nabila Huda Di London Bersama Kekasih BARU Terbongkar


Ramai mengetahui bahawa Nabila Huda selama ini merahsiakan identiti kekasihnya, malah semua gambar yang dimuat naik Nabila di Instagram tidak pernah mendedahkan wajah kekasihnya itu.

Kontroversi hebat melanda apabila Nabila pergi bercuti di London dengan kekasih barunya itu walaupun identiti lelaki itu kekal misteri. Namun setelah timbul isu yang melibatkan kemarahan ayahnya sendiri Amy Search hingga dia mengeluarkan kata-kata kesat kepada kekasih Nabila itu, akhirnya identiti kekasih Nabila terbongkar jua.

Menurut satu sumber, lelaki tersebut merupakan pemilik Restoran Kulcats Barrio yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Damansara, Kuala Lumpur. Kekasinya itu juga lebih di kenali dengan panggilan 'Bert'. Dalam semua gambar yang yang dimuat naik sebelum ini, pasangan ini kelihatan sangat mesra dan begitu bahagia apabila bersama.

Semoga dengan paparan gambar terbaru ini akan merungkai segala tanda tanya di antara kalangan peminat Nabila sebagai aktres terkenal dalam dunia industri lakonan tanah air selama ini. Begitu juga yang ingin mengetahui siapakah lelaki bertuah yang berjaya menambat hati pelakon itu.


Akui Nabila Huda melalui akhbar Kosmo! baru-baru ini juga mengakui bahawa dia telah bersedia untuk melangsungkan perkahwinan namun tarikhnya belum ditentukan, selain tidak mahu percintaan kali ini menjadi sensasi sehingga menggugat niat murni mereka berdua.




Restoran Kulcats Barrio yang dikatakan pemilik kekasih Nabila Huda,'Bert'

No comments:

Post a Comment