Thursday 24 December 2015

KeCooHH..!! Lagi GAMBAR NABILA Huda BerBIKINI Dan BerCIUMAN Di Sebuah Pulau Tersebar..!!




  Ketika Nabila mengalami masalah rumahtangga dan baru saja memfailkan perceraian, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan viral gambar aktres anak satu yang dikatakan adalah beliau telah melakukan aksi ciuman mulut dengan seorang jurulatih selam berusia 20-an ketika bercuti di Pulau Tioman. 

  Nabila dikatakan menyambut Halloween di pulau percutian tersebut dan mendapat kutukan hebat di laman sosial oleh para peminat kerana turut memaparkan gambar beliau hanya memakai bikini. Gosip beliau mempunyai hubungan dengan seorang jurulatih selam sebelum ini sudah tersebar sewaktu memohon cerai dari suaminya.

  Selepas bercerai, Nabila pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa rakan artis, namun semuanya kecundang di tengah jalan. Beliau dikaitkan bercinta dengan pelakon watak Botak dalam siri TV Juvana, Johan As'ari, 29. Mereka mula berkenalan dan menjadi kawan rapat sejak berlakon bersama siri drama, Pelangi Kasih pada 2011.

  Kemesraan yang ditunjukkan mereka ketika itu saling tidak tumpah ibarat merpati dua sejoli. Tetapi, kisah kemesraan mereka terus senyap beberapa ketika sebelum Nabila mengesahkan dia bercinta dengan kawan baik sendiri iaitu pelakon dan DJ, Nas-T.

  Nas-T atau nama sebenar Nas Muammar Zar Nasruddin, 31, mendakwa sudah kenal Nabila sejak zaman remaja lagi dan sering melepak bersama. Kedua-duanya tidak berselindung mengenai hubungan mereka dan terbuka berbicara mengenai cinta yang sedang berputik di hati mereka. Malah, Nas-T juga menyatakan beliau bersedia menyunting Nabila sebagai suri hidupnya.

  Pada Julai 2013, hubungan Nabila dan Nas-T yang baru terjalin dikatakan berakhir. Tiba-tiba Nabila memuat naik status seolah-olah putus cinta di laman sosial Instagram. Menurut Nabila, beliau sudah berkawan dengan Nas-T sejak kecil dan apabila bercinta rasa pelik. Ini menyebabkan beliau mengambil keputusan berat tersebut supaya tidak merosakkan persahabatan yang sudah lama terjalin. 

  Seterusnya hidup Nabila tidak pernah sunyi daripada gosip bercinta apabila beliau dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Syazwan Zulkifli. Spekulasi hubungan cinta itu timbul gara-gara kedua-duanya terbabit kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Karak.
  Bagaimanapun, gosip tersebut pantas ditepis Syazwan yang mendakwa mereka keluar bersama kerana memenuhi komitmen tugas.Menurut Syazwan, beliau dan Nabila berada di Kuantan bagi memenuhi permintaan Astro yang mahu mereka mempromosikan drama Jodoh Itu Milik Kita pada program jelajah Gempak Astro.

  Seakan tidak serik, Nabila sekali lagi mencetus kontroversi apabila dikatakan bersengketa dengan bapanya. Gara-gara Nabila memuat naik gambar percutiannya bersama kekasihnya di Eropah dan gambar intim tersebut membuatkan Amy berang sehingga bertindak mengeluarkan kata-kata kesat di laman Instagram anaknya.

Ini antara gambar yang menjadi viral menunjukkan aksi ciuman mulut yang di katakan adalah beliau bersama seorang Jurulatih Selam ketika bercuti di Pulau Tioman.


Gambar menunjukkan Nabila Huda berpakaian renang bersama rakan-rakan ketika bercuti di Pulau Tioman.

Nabila Huda pernah dikaitkan bercinta dengan Johan As'ari.

Nabila ketika bersama pelakon dan DJ Nas-T.

No comments:

Post a Comment