Wednesday 30 December 2015

TRAGEDI PeLiK..!! Lelaki Maut KONDOM Meletup


BERLIN- Seorang lelaki maut pada sambutan hari Krismas baru-baru ini selepas kepalanya terkena serpihan logam yang terpelanting dari mesin menjual kondom yang diletupkannya bersama dua rakannya.

Lelaki berusia 29 tahun itu dibawa oleh rakannya ke Hospital di Schoeppingen, dekat sempadan Belanda.

Letupan tersebut mengakibatkan banyak kondom dan wang bertaburan di sekitar mesin layan diri yang telah rosak.

Dua lelaki berkenaan memberitahu pegawai hospital mengenai rakan mereka terjatuh dari tangga sehingga mencederakan kepalanya.

Pegawai hospital yang berasa curiga dengan penjelasan itu kemudiannya menghubungi polis. salah seorang daripada mereka bagaimanapun membuat pengakuan semasa di soal siasat oleh polis dengan memaklumkan ke semua mereka telah meletupkan mesin layan diri itu.

Mesin kondom layan Diri Yang Telah Rosak

No comments:

Post a Comment