Monday 28 December 2015

P4N4ZZzz Dan PELIK.!!! GEGAR Vaganza2.. Pakaian DALAM Haiza Di Minta Jadikan KENANGAN Kerana 'RARE'...



Penyanyi otai dangdut Haiza yang popular pada 90an dan namanya kembali melonjak naik selepas menyertai Gegar Vaganza 2 yang melabuhkan tirai baru-baru ini terkejut apabila menerima permintaan pelik daripada peminatnya.

 Manakan tidak peminat terbabit seorang lelaki meminta pakaian dalam penyanyi berusia 35 tahun ini untuk dijadikan kenangan. Sesuatu tidak dijangka inilah permintaan paling pelik sepanjang 21 tahun Haiza bergiat dalam industri seni.

  Memang tidaklah Haiza hendak beri pakaian dalamnya. Kalau diberi entah apa mahu dibuatnya, entah-entah mahu dilelong dalam Internet. Maklumlah kalau barang milik selebriti pasti jadi buruan, tambah lagi kalau barang itu dalam kategori 'rare'.

  Sejak siaran GV2 berlangsung ramai juga yang menyangkakan bahawa penyanyi ini masih belum berkahwin sedangkan beliau sudah berumahtangga dengan bekas pemain hoki dan dikurniakan seorang anak lelaki.
  Selain menyanyi, Haiza juga menjadi pengacara program televisyen seperti Muzik TV dan Selamat Pagi Malaysia. Beliau juga berlakon beberapa drama tempatan dan pernah membintangi filem Pontianak Harum Sundal Malam.

  Menurut Haiza, beliau tidak terfikir untuk bersara dalam dunia seni sejak mula terlibat pada 1995, sebaliknya berikrar akan terus memperjuangkan irama dangdut sehingga ke hujung usia. 
  Beliau juga dilantik sebagai duta produk makanan dan barangan kesihatan serta kecantikan untuk wanita. Kini beliau menjadi penyampai di stesen radio Best FM.

  Haiza turut mengakui beliau dapat mengumpul peminat terdiri generasi baru selepas menyertai GV2. Malah, peminat-peminatnya juga disatukan menerusi penubuhan kelab peminat dinamakan #haizatroopers.


BIODATA HAIZA

Nama Sebenar: Rohaizah Nordin 
Tarikh Lahir: 2 Februari 1980
Asal: Benut, Pontian, Johor 
Status: Berkahwin 
Suami: Norhanafpe Omar
Anak: Nur Iman Shafie 
Genre Muzik: Dangdut
Album: Dag Dig Dug, Mana Tahan, Yang Nombor Satu, Tunggu Dulu Sabar Dulu, Akustika, Haiza 2009, Semarak Dangdut








No comments:

Post a Comment