Friday 8 January 2016

TERL4J4K L4RIS..!! Bina Rumah RM20 Juta Ala IST4N4 BRITISH


Hasil usaha kerasnya di dalam dunia perniagaan, usahawan muda Dato' Aliff Syukri ataupun lebih dikenali dengan panggilan Dato' Terlajak Laris seakan tidak sabar untuk menanti mahligai baharu beliau bernilai RM20 juta yang bakal siap dibina dengan sentuhan ala Istana British.

Bahkan rumah baru beliau ini antara rumah yang terbesar di sekitar Petaling Jaya.


"Saya sukakan gaya Istana British. Jadi saya buat lebih kurang dengan konsep begitu. Saya juga terharu kerana rumah baru saya ini disenaraikan antara rumah yang terbesar di kawasan Petaling Jaya."


Dato' Aliff Syukri pernah menolak permintaan pihak Astro sebanyak dua kali sebelum muncul dalam program berkenaan bersama pengacara Pak Nil. Bukan niat untuk bermegah dengan kekayaannya, Dato' Aliff hanya ingin menjadi sumber inspirasi buat mereka.

"Apabila Astro telefon sebenarnya dua kali saya menolak sebab saya tak mahu dikatakan yang bukan-bukan. Tapi bila fikir balik, oklah saya terima dengan niat yang baik.

Namun secara jujurnya bukan senang saya nak jadi seperti sekarang. Macam-macam perkara yang saya kena lalui. Ingat lagi dulu, saya pernah terima ugutan bunuh, ada orang nak pukul saya dan macam-macam atas pelbagai alasan. Biasalah dalam bisnes kan. Jangan tak tahu, yang benci dengan suara kepit saya pun ada." Katanya..


"Tapi saya tak pernah sakiti hati orang lain dan saya jujur dalam menjalankan bisnes, Alhamdulillah sehingga ke hari ini berkat semua itu, saya ok dan tidak alami apa-apa. Syukur"

Bahagian utama


Sudah lama bekerja keras, tentu sekali setiap insan mahu menikmati dan mencapai setiap impian mereka dalam sesuatu perkara. Jangan mudah cemburu dengan kejayaan orang lain, tetapi cuba bangkit dan usaha untuk mengubah hidup kita.

Ini adalah bahagian ruang makan yang memuatkan 24 tempat duduk

hiasan dalam masterroom rumah baru Dato' Aliff Syukri


-Sumber Berita: Media Hiburan-

No comments:

Post a Comment