Tuesday 5 January 2016

KIS4H BEN4R..!! Fakta Kes Sebenar Isteri Bunuh Lelaki yang Merogolnya.. Terima HUKUM4N...??



Kisah berlaku di Manjung, Perak, seorang surirumah, S Kalaichelvi telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya dengan menetak dengan parang.

Disebabkan perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Zainal Adzam Abid Ghani memerintahkan Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M Kumaran di rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.

Mengikut fakta kes, lelaki yang dikenalinya itu menceroboh rumahnya kira-kira jam 3 pagi dari pintu belakang ketika suami wanita itu tiada di rumah.

Lelaki itu cuba memperkosanya tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu.

Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki itu.

Apabila lelaki itu berjaya merampas batang besinya, wanita itu mencapai parang dan menetaknya beberapa kali sehingga mati.

Beliau dengan bantuan suaminya kemudian membungkus mayat lelaki itu dan membuangnya ke parit di tepi jalan menjelang pagi.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan 'pembunuhan kejam' terhadap perogol tersebut.

Suami tertuduh, G Kalipar, yang turut dituduh atas kesalahan sama dibebas tanpa dilepaskan oleh mahkamah. Namun, 
Kalipar kemudian didakwa sekali lagi atas tuduhan baharu iaitu melupuskan barang bukti di Mahkamah Manjung kerana membantu isterinya membuang mayat mangsa di kawasan pembetung air di Jalan Lekir, Manjung.

Ramai yang bersimpati dengan nasib Kalaichelvi itu dan tidak berpuas hati dengan hukuman yang terpaksa beliau hadapi kerana mempertahankan diri dari dirogol. Kisah Kalaichelvi dianggap menyayat hati dan menjadi viral di laman sosial.

Namun, ramai yang tidak tahu isu ini telah diputar-belitkan oleh mereka yang buta undang-undang sehingga Badan Kehakiman dihina dan perkara ini sangat mengecewakan. Fakta ini diperolehi dengan merujuk kepada fail kes di mahkamah .

FAKTA SEBENAR KES S KALAICHELVI :-

(a) kes ini telah diputuskan pada 03.06.2011 bukan 2012,file kes telah dirujuk di mahkamah tinggi ipoh.

(b) Luka di badan mangsa menunjukan mangsa ditetak dan dipukul beberapa kali sehingga mati. jika self-defense, tidak perlu pukul sampai mati.

(c) "Perogol" yang dikatakan MENCEROBOH rumah sebenarnya tidak menceroboh kerana tidak ada kesan pintu atau tingkap dipecah masuk. -timbul keraguan terhadap cerita "cubaan merogol" seperti yang dinyatakan tertuduh.

(d) "Perogol" dan perempuan tersebut adalah kenalan rapat, terdapat bukti menunjukan mereka ber "SMS" -(mangsa disyaki sebagai kekasih perempuan itu).

(e) tidak ada saksi lain yang boleh mengesahkan bahawa kejadian "cubaan merogol" itu betul2 berlaku kerana hanya Perempuan itu dan suaminya sahaja yang ada pada masa itu.

(f) Perempuan tersebut dan suaminya telah membungkus dan menanam mayat tersebut bagi menyembunyikan bukti, sepatutnya dia perlu terus melaporkan kepada polis selepas kejadian. (timbul lagi keraguan disini).

(g) Yang Arif Hakim berlandaskan fakta dan bukti yang telah dikemukakan kedua-dua belah pihak telah membuat keputusan yang beliau rasakan setimpal. Hukuman penjara ini sebenarnya diminta oleh peguam perempuan itu sendiri bagi mengurangkan dari hukuman gantung.


No comments:

Post a Comment