Thursday 7 January 2016

INFO & TIPS : Kenali JENIS Dan BENTUK Rahim Wanita



Jenis 1
Rahim Jantung berbentuk seperti jantung pisang dan memerlukan lebih ketelitian ketika merawatnya. Kesilapan merawat (bertungku dan merawat) rahim jenis ini boleh mengakibatkan rahim terkeluar dari pintu Faraj. Contohnya keluluran rahim (prolaps) ataupun merian terpatah atau terkehel.

Jenis 2
Rahim Buyong bentuknya antara rahim jantung dan rahim batu. Rahim jenis ini mudah menakung air, menyebabkan rahim serta mulut rahim mengembang. Ibu mudah mengalami masalah lelehan faraj. Sekiranya tidak di rawat dengan sempurna, ibu akan mengeluarkan lebihan air semasa berjimak, umpama keluar air kencing dan apabila hamil lagi mendapat masalah lelehan faraj.

Jenis 3
Rahim Batu berbentuk bulat serta cembul apabila di sentuh akan menonjol ke atas. Mudah dikecutkan dalam masa 2 minggu berpantang dan kembali ke bentuk yang sempurna. Kesilapan rawatan (tersalah bertungku atau berurut ) mengakibatkan rahim ini tertolak naik sehingga ke ulu hati. Ia boleh mengakibatkan para ibu merasa sesak nafas. Jika di biarkan berterusan, mungkin boleh membawa maut. Jika terlebih tolak ke bawah boleh mengakibatkan penghentian pengaliran darah nifas dan sukar untuk membuang air kecil atau mengeluarkan angin.

Jenis 4
Rahim Parca, jenis ini mengembang tanpa sebarang bentuk dan memerlukan kemahiran untuk merawatnya. Biasanya rahim jenis ini tidak boleh di asak dari ari-ari. Bidan yang mahir akan 'mengumpul' perlahan-lahan seperti mengumpul minyak dan menguaknya ke tengah-tengah perut. Minyak berubat biasanya di gunakan semasa proses mengurut bagi memecahkan angin di dalam rahim yang selama ini berkumpul dan berkembang bersama-sama. kebanyakkan ibu-ibu yang mempunyai rahim jenis ini jika tidak di rawat dengan sempurna akan menghadapi masalah seperti perut memboyot walaupun selepas tamat tempoh pantang atau mungkin seumur hidup.

Jenis 5
Rahim Besi berbentuk seperti rahim batu. Memiliki rahim jenis ini mendatangkan kesakitan rengat atau senak semasa dalam pantang bersalin. Rahim jenis ini juga mudah mendapat bentan urat dan sekiranya tidak di jaga rapi, boleh menjadi tumpah darah.




No comments:

Post a Comment