Tuesday 12 January 2016

SEM4S4..!! Janda MUDA Mengamuk Tikam Teman Lelaki Skodeng Bekas Isteri..


Sungai Petani: Seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 39 tahun cedera di belakang kepala, bahu dan pinggang selepas ditikam teman wanita berusia 19 tahun di kediaman lelaki terbabit di Bandar Sri Astana, Sungai Petani, dalam kejadian awal pagi Isnin.

   Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisiner Md Zukir Md Isa berkata, mangsa yang bertugas di bahagian trafik di Pulau Pinang bertengkar dengan suspek berpunca akibat selisih faham berkaitan gambar bekas isteri mangsa di dalam telefon bimbitnya selain terdapat mesej SMS, jam 2.15 pagi.

   Menurutnya, pertengkaran itu bertukar sebaliknya apabila suspek yang juga seorang janda bertindak mengambil pisau kerambit dan terus menikam mangsa.

  “Selepas menikam teman lelakinya, suspek kemudian menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian itu.
  “Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan,” katanya.
    Md Zukir berkata, suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.





No comments:

Post a Comment