Friday 18 December 2015

Hikmah Bangun Awal Subuh Bersertakan Teori Sains




Assalamualaikum w.b.t.  dan selamat subuh.  Alhamdulillah pagi yang indah anda semua  berjaya keluar dari belenggu syaitan yang merantai untuk terus nyenyak.

Subuh-subuh ni, adalah terapi pembangunan jiwa yang sangat sempurna berbanding waktu-waktu lain.  Ini pendapat peribadi yang sesuai dengan jiwa saya.  Jangan ambil sebagai fatwa pulak.  Zaman berteknologi yang canggih ni ramai yang banyak bersandarkan kepada akal logik dan bukti-bukti penemuan sains untuk percaya sesuatu perkara.

Berbeza dengan zaman nenek moyang kita dahulu yang betul-betul mengikut apa yang diajar oleh guru-guru atau orang-orang alim.  Sama juga dengan kes bangun awal.  Ramai yang mengeluarkan pelbagai teori berkenaan teori-teori yang disampaikan melalui mulut ke mulut.  Ibu bapa saya sendiri berpesan "bangun awal murah rezeki". 

Zaman sekarang orang bertanya "dimana logiknya?". 

Praktikalnya, adalah mengikut perintah ibu bapa adalah wajib selagi tidak melanggar hukum syarak. Disitulah keberkatannya.  Disitulah doa ibu bapa kita. Disetiap perintahnya.

Tapi, pagi yang ceria ni saya nak kongsi sedikit pembacaan yang saya ambil dari blognasibujang berkenaan hikmah bangun subuh. 

Menurut Ahmadie Thaha (1983: 141) faedah bangun pagi, antaranya :

   1. Pada waktu subuh, gas ozon (O3­­) memenuhi sebahagian besar udara kita. Jumlah gas itu semakin berkumpul dengan munculnya matahari. Kita akan merasakan nikmat apabila menghirup udara pagi, kerana udara pagi ni mengandungi jumlah ozon yang banyak. Gas ozon sangat berguna bagi organ saraf, membuatkan kita semangat bekerja, fikiran tidak bercelaru dan anggota tubuh menjadi cergas. Tak ada waktu yang sesuai untuk kita dapat menikmati udara yang nyaman selain waktu pagi.

   2. Sinar matahari pagi, mengandungi warna merah dan warna ungu memberikan pengaruh tersendiri bagi semangat kerja urat saraf, sedangkan sinar ultra violet amat bermanfaat bagi kulit di dalam proses penghasilan vitamin D.

   3. Bangun pagi juga dapat mengurangkan waktu tidur. Orang yang tidur lama dalam satu waktu, akan menghidapi penyakit hati, khususnya penyakit atherosclerosis, sesak nafas.

   4. Pada waktu pagi, jumlah kortozon yang terdapat dalam darah mencapai puncaknya, sekitar 7-22 mikrogram/100 ml plasma. Sedangkan pada siang hari hanya kurang dari 7 mikrogram/100 plasma. Kortozon merupakan zat yang menguatkan proses metabolisme.
Sejauhmana kebenaran sumber ini lebih baik anda semak dahulu.  Tetapi dengan perkongsian ini harap dapat memberi sedikit motivasi untuk terus bangun awal kerana Rasulullah SAW pernah berdoa. “Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun Subuh.” (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah). - dari sumber yang sama.

No comments:

Post a Comment