Friday 25 December 2015

TERKINI HARI INI..!! NABILA HUDA Dinikahkan Oleh Bapanya Sendiri AMY SEARCH



SHAH ALAM- Hanya dengan sekali lafaz Pelakon Nabila Huda, 31, akhirnya sah menjadi isteri kepada Pengurus Restoran Kulcats Barrio, Mohd Izwan Johar,32. Bertempat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah pada jam 9.20 pagi tadi.

  Selepas puas merahsiakan siapa teman lelakinya, Nabila Huda atau panggilan manjanya Abil kelihatan anggun dan berseri-seri menggayakan busana putih.

Nabila juga dinikahkan oleh bapanya sendiri, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Amy Search.

Nabila menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada Mohd Izwan. Bagaimanapun pasangan suami isteri ini merahsiakan wang hantaran. Pihak lelaki memberi 5 dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan sebanyak 7 dulang.

Majlis pernikahan pelakon dalam drama bersiri popular Akulah Balqis yang kini sedang di tayangkan di TV3 pada setiap petang itu berlangsung dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri oleh sanak saudara serta teman rapat

  Ini adalah perkahwinan kali kedua bagi Nabila, sebelum ini beliau pernah mendirikan rumah tangga bersama Eddie atau nama sebenarnya Zaidi Zailani pada 20 Disember 2008. Tetapi jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada tahun 2011. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Keisha Laila dan kini berusia lima tahun.




No comments:

Post a Comment